Costum Search Enginge (CSE)

Loading

Selasa, 08 Januari 2013

Budaya kehamilan dan Persalinan

Ubat-ubatan daripada sumber tumbuhan banyak digunakan oleh wanita semasa mengandung, bersalin dan dalam pantang Tujuan mereka menggunakan ubatan di masa-masa tersebut adalah untuk menghindari daripada keguguran, mempermudahkan proses bersalin dan mengembalikan kesihatan diri kepada keadaan asal serta kesihatan bayi terjaga. Makalah ini mempunyai tiga tujuan utama, iaitu (a) mengenalpasti tumbuhan ubatan yang digunakan oleh wanita semasa bersalin dan semasa dalam pantang (b) alasan mereka menggunakan ubatan tersebut dan (c) kesan penggunaan tumbuhan ubatan tersebut dari pada sudut budaya Melayu. Asas perbincangan ini ialah data daripada pemerhatian dan temu bual mendalam dengan 30 orang wanita Melayu yang pernah bersalin serta lima orang bidan kampung di Kelantan hasil kajian yang dilakukan pada tahun 2007 hingga ke 2009. Didapati kepercayaan tentang keseimbangan tubuh, magis dan nilai mempengaruhi mereka dari segi penggunaan tumbuhan ubatan. Buah kembang semangkuk dan minyak kelapa banyak digunakan untuk memudahkan proses bersalin. Bahan daripada tumbuhan yang mempunyai rasa pahit dan pedas (seperti rempah ratus, kunyit dan halia)..........selanjutnya klik disini

Tulisan ini juga bisa di baca di blog saya yang lain (here)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar